EPL
West Ham tamatkan badi jumpa Brighton
BRIGHTON 1 WEST HAM 3
David Moyes gembira melihat West Ham menamatkan bertemu Brighton dengan kemenangan meyakinkan 3-1 di Stadium Amex yang membawa mereka ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bintang baru, James Ward-Prowse, meledak gol pertamanya bersama The Hammers dalam permulaan keduanya bagi meletakkan pelawat di landasan tepat untuk mengecapi kemenangan pertama ke atas pasukan pantai selatan itu.
Iklan
Pengurus itu berkata: “Saya teruja dengan tiga mata yang dikutip kerana kebiasaannya kami akan bergelut untuk mendapatkan sebarang mata sepanjang datang ke mari.
“Kami tidak pernah menang di sini selama bertahun-tahun mencubanya. Kami menghadapi badi kemenangan ketika datang ke sini.
“Hari ini kami memang berhak meraih tiga mata. Brighton melakukan tugas yang baik tetapi kami juga beraksi bagus bahagian lain pertemuan ini.
“Brighton memiliki pengurus yang sangat baik dan pasukannya menimbulkan masalah kepada banyak pasukan, bukan hanya kami.
“Mereka sukar untuk dihadapi oleh mana-mana pengurus. Mereka mampu menghukum anda dan mereka sebuah pasukan yang bagus, namun itu juga bermakna mereka juga boleh terdedah dan memberi kami peluang untuk melancarkan serangan balas.
“Kami bekerja keras untuk agar tidak mudah dihukum dengan mudah dan kami bertahan dengan sangat baik.
“Serangan balas kami sangat bagus. Dua atau tiga tahun lalu kami sangat bagus dalam soal ini. Semua pemain di bahagian serangan memberikan sumbangan yang sangat baik pada hari ini.”
Must-Watch Video