Skip to main content

Bola Sepak

Wenger sedar status seorang pekerja

wenger-cropped_10z9c9f1ywg4k12vg6sejz1uhs.jpg
Arsene Wenger menyifatkan masa depannya bersama Arsenal bukan berada dalam genggamannya sambil berpendapat dia hanya seorang pekerja buat sebuah pasukan bola sepak walaupun selepas berkhidmat dalam tempoh yang lama.

Wenger dan anak buahnya dikritik hebat susulan kekalahan 3-0 di tangan Manchester City dalam final Piala EFL di Wembley pada Ahad lalu.

Pengendali berusia 68 tahun itu telah berkhidmat bersama The Gunners sejak 1996 dan bakal menuju pengakhiran kontrak pada hujung musim depan, membuatkan pengurus Jerman, Joachim Low, menjadi nama hangat untuk menggantikan tempatnya.

Apabila ditanya mengenai keadaan Arsenal sekiranya dia tidak lagi menduduki kerusi panas itu, Wenger mudah memberikan jawapan.

"Saya tidak tahu. Dalam hidup, anda perlu fokus kepada kualiti kerja anda. Bagaimana anda memberikan komitmen dan bagaimana anda bekerja.

"Selebihnya, anda tidak akan menentukan masa depan melalui akhbar dan saya sama seperti anda.

"Saya seorang pekerja dan akan memberikan apa yang terbaik untuk pasukan majikan saya," kata Wenger.

Arsenal kini menduduki tangga keenam liga dengan 45 mata dan sekali lagi akan menentang skuad bimbingan Pep Guardiola itu di Emirates pada awal pagi esok.

 

Advertisement

Must Watch Video