PIALA DUNIA
Wenger puji persembahan Kante
Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memuji persembahan pemain tengah Perancis dan Chelsea, N'Golo Kante, di atas kemenangan Les Bleus ke atas Australia dalam saingan Piala Dunia.
Pemain tengah itu menampilkan aksi cemerlang ketika Perancis melakar kemenangan 2-1 ke atas Socceroos, dengan sepakan penalti Antoine Griezmann dan jaringan sendiri Aziz Behich memberikan permulaan yang baik buat naib juara Euro 2016 itu.
Aksi mantap yang dipamerkan oleh Kante bersama Perancis merupakan kunci kejayaan yang menyaksikan dia tenang mengawal tempo permainan.
Iklan
Walaupun Kante tidak menjadi perbualan utama, Wenger memuji aksi pemain berusia 27 tahun itu.
"Dia adalah salah seorang pemain tengah berpengaruh buat Perancis dalam saingan Piala Dunia kali ini. Dia sering menampilkan permainan ringkas dan mengelak daripada berada dalam kedudukan yang menyukarkan pasukan," katanya.
Wenger, yang meninggalkan Gunners pada penghujung musim 2017-18 selepas 22 tahun, mendedahkan beliau mahu mendapatkan Kante sebelum dia memilih untuk menyertai Leicester City.
"Saya telah meninjau Kante sebelum dia menyertai Leicester. Dia seorang pemain yang berkualiti."
Kante telah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA bersama Chelsea dan dikaitkan bakal kembali ke Perancis untuk menyertai juarai Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).
Must-Watch Video



