Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Wenger bengang dengan keputusan pengadil

wenger-revolted-by-referee-after-bayern-humble-arsenal-again.jpg

Arsene Wenger berang dengan pegawai perlawanan selepas Arsenal dimalukan Bayern Munich 5-1 dalam aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

The Gunners dibelasah oleh pendahulu Bundesliga itu dengan jaringan yang sama dalam aksi pertama di Allianz Arena, bulan lalu. 

Theo Walcott membuka jaringan pada minit ke-20 sebelum Robert Lewandowski menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua menerusi sepakan penalti selepas Laurent Koscielny dilayangkan kad merah.

Malam Arsenal bertambah parah apabila Robben menggandakan jaringan sebelum pemain gantian Douglas Costa menyumbang gol ketiga Bayern. 

Arturo Vidal melengkapkan kemenangan kelab Jerman itu dengan menghasilkan dua gol pada penghujung perlawanan.

Wenger menyifatkan anak buahnya tidak bernasib baik dengan keputusan yang diberikan oleh pengadil dalam perlawanan ini.

"Kami telah cuba memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini, namun keputusan pengadil telah menghukum kami.

"Ketika kami mendahului 1-0, kami sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Walcott dikasari. Lewandowski berada di kedudukan ofsaid sebelum Koscielny melakukan kekasaran terhadapnya. Mustahil buat pemain mencari empat gol ketika beraksi dengan 10 pemain.

"Saya dapat berasakan Arsenal mampu meraih keputusan positif dalam perlawanan ini. Anda tidak akan dapat menjangka bagaimana reaksi Bayern jika mereka ketinggalan dua gol. 

"Kami akan cuba untuk mengetepikan kekalahan ini dan memberikan tumpuan kepada perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video