Timo Werner perlu menunggu lebih lama untuk menjaringkan gol pertama di Russia dan penyerang itu menjelaskan "tiada wang yang mampu menggantikan" penampilannya bersama skuad kebangsaan dalam Piala Dunia.
Penyerang RB Leipzig itu turun dalam kesebelasan utama skuad kendalian Joachim Low itu dalam kedua-dua aksi Kumpulan F walaupun gagal mencipta sebarang jaringan ketika berdepan Mexico dan Sweden.
Bagaimanapun, Werner memainkan peranan penting ketika merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Sweden, dengan meraih sepakan percuma yang disempurnakan oleh Toni Kross dalam masa kecederaan.
Ketika dia masih gagal mencetak nama sebagai penjaring, tumpuan utama pemain berusia 22 tahun itu adalah memastikan juara bertahan berkenaan mara ke pusingan kalah mati.
"Selagi kami memenangi perlawanan, saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol," kata Werner.
"Sebagai penyerang, anda mahu menjaringkan gol. Tetapi ini adalah penampilan pertama saya dalam Piala Dunia dan ia tiada wang yang mampu menggantikan pengalaman ini."
Penulis Jemputan
Mon Jun 25 2018