Jurulatih UiTM FC, Wan Mustafa Wan Ismail, menganggap pasukannya tidak bernasib baik selepas terikat seri 1-1 dengan Felcra FC dalam Liga Perdana di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
"Kami tidak bernasib baik kerana ketika di ambang kemenangan, mereka mendapat pertolongan daripada pemain ke-12. Bagaimananpun, kami menerima keputusan ini," katanya.
Tuan rumah mempertaruhkan kesebelasan utama mereka dengan menurunkan penyerang berbisa, Lucas Ramon Pugh, yang juga penjaring terbanyak setakat ini.
Gol pertama menjelma hanya seminit sebelum tamat babak pertama menerusi sentuhan Pugh untuk meletakkan UiTM mendahului 1-0.
Masuk babak kedua, Felcra terus mencari peluang memburu gol penyamaan.
Penjaga gol UiTM, Soffuan Tawil, menjadi watak penting apabila berjaya menafikan beberapa percubaan terbaik Felcra.
Bagaimanapun, tindakan Soffuan yang mengasari pemain Felcra pada masa kecederaan memberikan penalti untuk ketua pasukan, Shahrom Kalam, menyempurnakannya bagi mengikat kedudukan 1-1.