Nama pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal, kembali menjadi sebutan rata-rata penyokong bola sepak tempatan bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya.
Pemain berusia 27 tahun itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan beraksi buat kelab St Louis City 2 dalam saingan MLS Next Pro 2025/26.
Pemain yang beraksi di posisi tengah itu antara 15 pemain yang berada dalam Senarai Bersedia bagi perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Palestin baru-baru ini.
Untuk rekod, dia telah membuat sebanyak 87 penampilan bersama skuad St. Louis 2 dengan menjaringkan 15 gol dan 12 bantuan jaringan.
Beberapa akaun media sosial yang tuar di laman X, berkongsikan: "Panggil saja Wan Kuzain, tiada dokumen diperlukan." katanya,
Terdahulu, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato' Haji Hamidin Mohd Amin, pernah berkongsikan bahawa tonggak St Louis City 2 itu sudah boleh mewakili Malaysia.
Dapatkan Sekarang

panggil je la wan kuzain tu. no documents needed. nama melayu tu
— Hadi 哈迪 (@HadiHasan21) September 26, 2025
Terdahulu, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato' Haji Hamidin Mohd Amin, pernah berkongsikan bahawa tonggak St Louis City 2 itu sudah boleh mewakili Malaysia.
“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain, dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.
“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” katanya.
Satu Semangat, Satu Jersi
Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.
Dapatkan Sekarang