Skip to main content

Bola Sepak

Wan Ahmad Amirzafran bintang dalam pembikinan

fb_img_1494082574605.jpg
Pertahanan tengah T-Team, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, adalah antara nama terawal berada dalam senarai kesebelasan utama pengendalinya, Rahmad Darmawan, musim ini.

Peranannya bersama Abdoulaye Maiga ketika bertemu Perak, kelmarin, bukan perkara baharu untuk disaksikan, malah turut menyumbang satu gol dalam perlawanan itu.

Ditemui selepas perlawanan, Wan Ahmad Amirzafran, 22, menegaskan tiada jalan mudah untuk kekal dalam perancangan ketua jurulatihnya 

Menurutnya, kehadiran Maiga dan pengaruh ketua pasukan, Mohd Hasbullah Awang, banyak membantu meningkatkan prestasinya 

“Saya sentiasa bersedia untuk bekerja lebih keras merebut tempat dalam pasukan ini, malah mula menunjukkan keserasian baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Kami tidak dibolosi sejak tiga perlawanan lalu dan walaupun diganggu isu pemotongan mata baru-baru ini, sebenarnya itu lebih membakar semangat T-Team,” ujarnya.

Jaringan pertamanya musim ini tercipta di depan penyokong sendiri kelmarin selepas menyambar bola muntah tandukan rakan sepasukan, Mamadou Samassa, pada minit ke-71.

Dikenali dengan gaya permainan keras, bekas pemain Harimau Muda B itu mengingatkan peminat di negeri ini dengan legenda Terengganu, Mohd Zulharisham Awang dan Marzuki Yusoff.

Masih terlalu awal untuk memperkatakan masa depannya, namun di bawah kendalian Rahmad Darmawan, bekas jurulatih skuad B-23 Indonesia, T-Team ialah pasukan terbaik buat Wan Ahmad Amirzafran.

Kredit imej: FB T-Team

Advertisement

Must Watch Video