Skip to main content

Bola Sepak

Walker, Ward-Prowse, Fernandes antara paling cemerlang

walker-cover.jpg
Selepas tamatnya Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-23, laman web www.premierleague.com membawakan statistik penting pemain mana yang berlari paling jauh dan paling pantas sepanjang antara persaingan 10 bulan paling sengit pernah disaksikan.

Siapakah yang paling pantas?

Pada usia 33 tahun, Kyle Walker membuktikan usia tidak memperlahankannya, sebaliknya dia adalah yang paling pantas dengan larian selaju 37.31 km sejam dalam satu perlawanan.

Pemain pertahanan Manchester City itu diikuti dengan rapat oleh penyerang Nottingham Forest, Brennan Johnson, dan pemain sayap Chelsea dari Ukraine, Mykhailo Mudryk.

Siapa pula yang berlari paling jauh? James Ward-Prowse mengatasi yang lain-lain dalam statistik dengan mencatat larian sejauh 433.38 km sepanjang musim 2022/23.

Pemain tengah Southampton itu – kelab yang diturunkan ke Liga Kejuaraan musim depan – disaingi dengan rapat oleh pemain tengah Brighton, Pascal Gross, dan Declan Rice, pemain tengah bertahan West Ham United.

Terbaru, Fulham dilaporkan menyertai perebutan untuk mendapatkan tanda tangan pakar ‘set-piece’, Ward-Prowse.



Di sebalik minat yang turut ditunjukkan Liverpool dan West Ham, namun pemain berusia 28 tahun itu dijangka menyertai The Cottagers.

Siapa pemain yang mencipta paling banyak peluang?

Perancang Manchester United, Bruno Fernandes, mengatasi pesaing-pesaingnya dalam bahagian ini, dengan merangka 119 peluang, termasuk bantuan jaringan sepanjang musim 2022/23. Kieran Trippier, bek kanan Newcastle United, turut menyinar, dengan hanya kurang sembilan daripada Fernandes, sambil tenaga penggerak Manchester City, Kevin De Bruyne, menyusul di tempat ketiga dengan 98.

Pemain-pemain manakah adalah pengumpan terbaik? Lewis Dunk melakukan paling banyak hantaran sepanjang 2022/23 dengan melakukan 3,208 untuk Brighton & Hove Albion. Bagaimanapun, tonggak Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengikhtiarkan hantaran terbanyak ke kawasan sepertiga terakhir dengan 455. Albert Sambi Lokonga pula memiliki kadar ketepatan tertinggi buat Crystal Palace dalam kalangan pemain yang melakukan sekurang-kurangnya 100 umpanan.


 

Advertisement

Must Watch Video