Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya menjelang perlawanan persahabatan Sepanyol dan Brazil pada Selasa ini.
Penyerang Brazil itu sebelum ini telah menjadi sasaran penderaan perkauman sepanjang berada di ibu negara Sepanyol dan perlawanan dengan tema 'One Skin' di Stadium Bernabeu yang diatur pada Jun lalu merupakan sebahagian daripada kempen Anti-Perkauman bagi memberikan sokongan moral kepada pemain itu.
"Apa yang telah saya lalui merupakan sesuatu perkara yang amat menyedihkan di sini, ia sukar. Saya telah melawan ini dalam jangka masa yang lama.
"Ia sangat meletihkan kerana anda berasa seperti anda hanya bersendirian. Saya telah membuat banyak aduan rasmi tetapi seolah tiafda siapa yang pernah dihukum.
"Saya minta maaf. Saya hanya mahu bermain bola sepak, melakukan segala-galanya untuk kelab saya dan keluarga saya serta tidak mahu melihat orang kulit hitam menderita." katanya.
Saufi Tahir
Tue Mar 26 2024