Skip to main content

Sukan Lain

KBS naikkan insentif SHAKAM buat atlet acara berpasukan kepada RM40,000

dd
Advertisement

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meningkatkan ganjaran ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) buat penyumbang pingat emas acara berpasukan daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang.

Peningkatan sebanyak 166.67 peratus itu diterima buat penyumbang emas di temasya Sukan Asia, Para Asia dan Sukan Komanwel.

Advertisement

 

 

Advertisement

 

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berkongsikan: " KBS menaikkan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi setiap atlet pemenang pingat emas acara berpasukan di temasya Sukan Asia/Para Asia & Sukan Komanwel daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang, iaitu kenaikan 166.67%." kongsinya.

"Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menaikkan ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi setiap atlet pemenang pingat emas acara berpasukan di Sukan Asia / Para Asia dan Sukan Komanwel daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang, iaitu kenaikan 166.67%. 2.

"Penambahbaikan ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN pada 10 November 2026. Melaluinya, ganjaran setiap atlet pemenang pingat perak acara berpasukan turut dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM20,000, manakala pingat gangsa daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang. 

"Kadar baharu ini terpakai kepada semua pasukan tanpa mengira bilangan atlet. Ini merupakan kenaikan pertama kadar ganjaran acara berpasukan dalam tempoh 24 tahun, sejak ia ditetapkan pada tahun 2002. 

"Kadar baharu ini terpakai kepada pemenang pingat ketiga-tiga temasya 2026, iaitu Sukan Komanwel Glasgow, Sukan Asia Aichi-Nagoya dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya. Seramai 66 atlet daripada 10 pasukan pemenang pingat Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 akan menerima bayaran tambahan, melibatkan sukan sepak takraw (emas regu berpasukan dan perak regu), skuasy (emas berpasukan lelaki dan wanita), hoki (perak lelaki), berbasikal trek (perak pecut berpasukan wanita), karate (gangsa kata berpasukan lelaki) dan e-sukan (perak Honor of Kings serta gangsa Identity V dan Mobile Legends: Bang Bang)." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video