Vinicius Junior mendedahkan dia memilih "projek terbaik" apabila memutuskan untuk menyertai Real Madrid berbanding Barcelona.
Penyerang kelahiran Brazil itu menandatangani kontrak menyertai Real pada Mei 2017 sebelum secara rasmi berhijrah dari Flamengo, Julai tahun lalu.
Vinicius berkata Barca turut menawarkan tawaran lumayan tetapi dia mengambil keputusan menyertai Real kerana berasakan ia adalah perpindahan yang lebih baik.
"Bapa saya tidak pernah memberitahu mengenai sebarang tawaran sehinggalah (datangnya) Barcelona dan Real Madrid," katanya.
"Mereka meninjau aksi saya di Brazil. Barcelona mahu membayar lebih tetapi kami mahu projek yang terbaik sementara Marcelo dan Casemiro berbincang dengan saya dan membantu saya membuat keputusan."
Vinicius mengalami kecederaan buku lali awal bulan ini dan dijangka terlepas aksi bersama Real sehingga bulan Mei.
Pemain muda itu perlu menunggu sebelum turun beraksi di bawah pimpinan Zinedine Zidane, yang kembali memimpin pasukan menggantikan Santiago Solari, dan Vinicius berpandangan dia sudah dapat melihat perbezaan di antara kedua-dua jurulatih itu.
"Casemiro memberitahu ketika Zidane bercakap, dia menjadi gementar.
"Cara Zidane bercakap agak berbeza dengan Solari. Dia seorang legenda, dia telah memenangi semuanya dan seorang yang istimewa.
"Zidane memberitahu saya supaya tidak memikirkan kecederaan ini dan berharap dapat kembali segera ke dalam pasukan," katanya lagi.