Biarpun belum ada sebarang pengalaman di pentas antarabangsa, ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada, bertekad memberi ruang kepada dua muka baru, Mohd Faisal Rosli dan Nazrin Syamsul Bahari.
Faisal merupakan pemain pertahanan kiri Pahang sementara Nazrin bermain di posisi tengah selain mampu bertindak selaku pemain sayap kiri.
Kedua-dua pemain itu, yang belum pernah menyertai sesi latihan pusat skuad kebangsaan, telah dipanggil untuk menggantikan Fazly Mazlan dan Azrif Nasrulhaq yang mengalami kecederaan.
Vingada mengakui peluang buat mereka bukan satu perjudian, sebaliknya mereka berdua layak mendapat tempat selepas tampil cemerlang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Perkara ini terjadi ke atas semua negara.
"Ada kalanya, pemain yang tidak pernah dipanggil mampu menampilkan aksi dengan baik.
"Sudah tentu, mereka yang baru dipanggil ini tidak berasa bahawa mereka berada di tahap berbeza. Hakikatnya, keupayaan mereka setara," ujar jurulatih berbangsa Portugal itu.
Vingada semakin mengerti masalah utama skuad negara buat masa ini ialah kekurangan penyerang tempatan yang mampu diketengahkan.
Malah, dia tidak menafikan masalah berkenaan sebenarnya turut berlaku di negara-negara lain apabila kebanyakkan kelab mengutamakan pengambilan pemain import di jentera serangan.
"Kami perlu mencari jalan.
"Liga M perlu melahirkan pemain yang lebih bagus di bahagian serangan.
"Pilihan adalah terhad buat masa ini kerana ada pemain tempatan yang bagus tidak mendapat peluang beraksi berikutan kehadiran pemain import."