Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) menghantar bantahan ke Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), dan Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) berikutan penggunaan bendera yang salah semasa majlis undian Kejohanan Futsal ASEAN bawah 19 tahun (B19) semalam.
Kesilapan itu berlaku semasa cabutan selama 10 minit yang dianjurkan oleh FAT, yang kemudiannya telah mengalih keluar video tersebut daripada platform media sosialnya.
Ia jelas mamaparkan bendera China yang tertukar dengan bendera Vietnam, sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong.
Terbaharu, FAT menerusi presidennya iaitu Madam Pang atau nama sebenarnya, Nuanphan Lamsam, menghantar permohonan maaf kepada VFF atas insiden tersebut.
Kejohanan Futsal Lelaki ASEAN B19 2025 akan diadakan dari 23 hingga 29 Disember di Nonthaburi, Thailand.
Vietnam telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama Brunei dan tuan rumah Thailand.
Kumpulan B terdiri daripada Indonesia, Myanmar, Malaysia dan Kemboja.
Pasukan-pasukan tersebut akan bertanding dalam format pusingan robin, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

????? Madam Nualphan Lamsam — President of the Football Association of Thailand (FAT) — officially sent a letter of apology to VFF President Trần Quốc Tuấn regarding the incorrect display of Vietnam’s flag ?? during the AFF U19 Futsal Championship 2025 Draw in Thailand. pic.twitter.com/iUcZ8jjPkr
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 28, 2025
Kejohanan Futsal Lelaki ASEAN B19 2025 akan diadakan dari 23 hingga 29 Disember di Nonthaburi, Thailand.
Vietnam telah diletakkan dalam Kumpulan A bersama Brunei dan tuan rumah Thailand.
Kumpulan B terdiri daripada Indonesia, Myanmar, Malaysia dan Kemboja.
Pasukan-pasukan tersebut akan bertanding dalam format pusingan robin, dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke separuh akhir.

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang