Skip to main content

Bola Sepak

Vieira mahu bersemuka dengan Balotelli tentukan masa depan

vieira.jpg
Patrick Vieira tidak bercadang untuk membincangkan masa depan Mario Balotelli di Nice sebelum pemain itu memulakan latihan pra-musim.

Vieira diumumkan sebagai ketua jurulatih Nice semalam dengan presiden, Jean-Pierre Rivere, mengesahkan jurulatih baru itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Bekas kapten Perancis itu merupakan rakan sepasukan Balotelli di Inter Milan dan Manchester City, lantas memberi bayangan bahawa beliau ingin meyakinkan penyerang itu -- yang tamat kontrak pada bulan ini -- supaya terus kekal di Allianz Riviera.

Balotelli kembali membuat penampilan bersama Itali pada bulan ini sejak Piala Dunia 2014 dengan tawaran daripada Serie A sentiasa menjadi buah mulut. 

Begitupun, Vieira mengharapkan pemain berusia 27 tahun itu melaporkan diri dalam sesi latihan pra-musim bulan depan selain memberi sedikit bayangan terhadap perancangan perpindahan Nice.

"Saya menelefon Mario Balotelli bagi mengucapkan selamat bercuti kepadanya dan memberitahu kami akan bertemu pada 2 Julai, sebaik sesi latihan bermula," kata Vieira dalam sidang akhbar.

"Segala-galanya masih ada masa. Terdapat banyak perkara untuk dibincangkan dengan presiden dan (pengurus besar) Julien Fournier."

Tambah Vieira: "Apabila saya melihat skuad ini, ia membuatkan saya sangat teruja. Semua yang diperlukan untuk saya berjaya ada di sini.

"Kerjaya saya sebagai pemain tidak lagi penting, ia adalah masa lalu. Perkara penting bagi saya ialah untuk memberi gambaran yang jelas tentang apa yang saya mahukan daripada pemain, permainan yang tepat supaya mereka dapat menonjolkan diri mereka kerana bakat itu ada di sana."

Advertisement

Must Watch Video