Pengendali Australia, Bert Van Marwijk, yakin pemainnya, Aaron Mooy, mampu mewakili kelab lebih besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris berbanding Huddersfield Town.
Pemain tengah skuad Socceroos itu berhijrah menyertai The Terriers dari Manchester City sebelum bermula saingan musim 2017/18 dan hanya terlepas dua perlawanan sepanjang musim bagi aksi liga.
Bersama rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Mooy mempamerkan aksi memikat walaupun Australia tewas 2-1 di tangan Perancis dalam aksi pertama Piala Dunia, Sabtu lalu, dan kini bersedia untuk mengulangi persembahan itu apabila berdepan Denmark di Samara, esok.
Sewaktu ditanya mengenai Mooy, Van Marwijk menyifatkan pemainnya itu sebagai individu yang mampu menterjemahkan percaturannya di atas padang buat pasukan.
"Mooy adalah seorang pemain yang bagus dan semua pemain sangat penting," kata Van Marwijk.
"Saya rasa dia pemain yang sangat berkualiti dan semua orang melihatnya. Mungkin dia boleh beraksi bersama pasukan lebih besar di England."
Menjelang pertemuan dengan Denmark, Van Marwijk menghormati kekuatan lawan dan sedar pasukan bimbingan Age Hareide itu kini lebih kuat berbanding perlawanan sebelum ini.
"Mereka jelas pasukan yang hebat. Berada di kedudukan ke-12 dunia, ia menceritakan segalanya.
"Memiliki barisan pemain yang memiliki kelebihan daripada segi ketinggian, mereka sangat kuat dan itu senjata utama Denmark.
"Kami harus menampilkan persembahan sama seperti sewaktu menentang Perancis dan cuba meningkatkan permainan untuk mengubah keputusan perlawanan," tambahnya.