Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Van Dijk teruja pertembungan getir dengan Bayern

virgil-van-dijk_1.jpg
Bintang Liverpool, Virgil van Dijk, bersemangat untuk mengharungi "pertarungan getir" menentang Bayern Munich tatkala The Reds mengintai pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dan Bayern seri tanpa jaringan dalam aksi pertemuan pertama di Anfield, bulan lalu.

Van Dijk terlepas melayani kunjungan Bayern ke Merseyside akibat penggantungan tetapi pemain tengah Belanda tersebut akan kembali ke pangkuan pasukan ketika bertandang ke Bavaria, awal pagi Khamis ini. 

Finalis UCL musim lalu itu tewas ketiga-tiga perlawanan di tempat lawan di peringkat kumpulan musim ini, sehubungan itu Van Dijk sedar bahawa The Reds perlu meningkatkan permainan di Allianz Arena.

"Ia akan menjadi pertembungan yang menarik," kata Van Dijk. "Mereka beraksi dengan sangat baik di Anfield dan begitu berwaspada, terutama di bahagian pertahanan. Jelas sekali ia menunjukkan bahawa kami sangat dihormati.

"Mereka merombak sedikit pendekatan permainan mereka. Jadi, kami perlu berjuang untuk pertarungan getir ini kerana mereka mungkin akan mengasak, khususnya pada awal permainan. 

"Ia akan menjadi sukar dan kami perlu memberikan aksi lebih baik daripada yang kami lakukan dalam perlawanan terakhir UCL. 

"Perlawanan di peringkat kumpulan tidak berlangsung seperti yang kami harapkan tetapi kami berjaya melangkah ke peringkat kalah mati. Kini kedudukan kami seimbang 0-0 dan kami mahu melakukan segala yang terdaya untuk mara. Ini satu perlawanan yang sulit dan getir. "

"Adakalanya kami perlu tahu cara untuk menguruskan perlawanan kerana kadang-kadang ia akan menjadi sangat sukar. Kami perlu bersabar dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang," tambah Van Dijk. 

"Akan ada masanya situasi bertukar menjadi sangat sukar dan kami akan berada di bawah tekanan kerana Bayern memiliki kualiti tinggi dan mereka telah membuktikannya.

"Begitupun, kami pasti akan mempunyai detik terbaik kami sendiri kerana kami juga memiliki kualiti." 

"Semua orang boleh melihat betapa sukarnya saingan UCL. Kami akan bermula dengan 0-0 dan semoga kami boleh menyempurnakan tugas ini."

 

Advertisement

Must Watch Video