Skip to main content

Bola Sepak

Van Dijk: Kane, Lamela jatuh dengan sengaja

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

5218harrykane.jpg
Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, mendakwa Harry Kane dan Erik Lamela melakukan jatuhan secara sengaja untuk mendapatkan sepakan penalti ketika mereka seri 2-2 dengan Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Ia merupakan satu pengakhiran penuh kontroversi di Anfield ketika kedudukan terikat 1-1 dengan berbaki enam minit, Kane telah dijatuhkan dalam kotak penalti apabila diasak oleh Loris Karius, bagaimanapun penjaga gol tersebut berjaya menyelamatkan percubaan penyerang itu.

Liverpool berada di hadapan menerusi gol yang diledak oleh Mohamed Salah dalam masa kecederaa, tetapi mereka terpaksa berpuas hati dengan satu mata -- Lamela jatuh selepas berlaku pelanggaran dengan Van Dijk.

Pengadil perlawanan, Jon Moss, pada mulanya memberikan isyarat untuk meneruskan permaina, tetapi beliau telah menghentikan permainan untuk mendapatkan nasihat daripada pembantunya, kemudian menghadiahkan sepakan penalti dan Kane kali ini memastikan dia meledak gol ke-100 dalam saingan EPL.

"Saya berasakan (untuk penalti pertama) Kane jatuh dengan sengaja," kata Van Dijk. 

"Anda dapat melihat dia melakukan simulasi dan tiada siapa yang berkata mengenainya.

"Terdapat juga perbincangan mengenai pemain-pemain dalam kawasan ofsaid.

"Terlalu banyak perkara yang berlaku. Sepakan penalti yang kedua telah diberika oleh pengadil. Saya berasakan sepakan penalti itu tidak seharusnya diberikan.

"Saya dapat melihat Lamela datang ke arah saya dan saya cuba menghulurkan kaki, tetapi dia berjaya melakukan helah dan jatuh."

Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Mohamed Salah sebelum Victor Wanyama menyamakan kedudukan.

Salah sekali lagi meletakkan The Reds di hadapan untuk seketika sebelum Kane meleburkan harapan mereka untuk meraih tiga mata penuh.

Advertisement

Must Watch Video