BOLA SEPAK
Van Dijk janjikan aksi terbaik Liverpool ketika bertemu Man United
Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, percaya sejarah persaiangan dengan Manchester United bermakna pertembungan suku akhir Piala FA membawa jangkaan yang cukup tinggi.
Seminggu selepas bersaing dalam buruan gelaran Liga Perdana Inggeris yang berkesudahan 1-1 dengan Manchester City, skuad kendalian Jurgen Klopp menuju ke Old Trafford dalam misi untuk meneruskan cabaran memburu gelaran quadruple.
United yang mula mendapatkan rentak -- lapan kemenangan dan hanya tewas dua kali dalam 11 perlawanan -- akan berusaha memastikan mereka turut memperoleh keputusan yang positif susulan separuh musim pertama yang mengecewakan.
Iklan
Ditanya mengenai persaingan antara kedua-dua kelab, Van Dijk berkata, "Cukup sengit. Bukan sahaja mengenai perlawanan tetapi sebelum ia bermula sudah memberikan satu tanggapan yang luar biasa dan saya suka terlibat dalam jenis perlawanan seperti ini.
“Kami sentiasa menghadapi perlawanan sukar menentang mereka dan saya menjangkakan perlawanan sukar pada hari Ahad juga.
“Mereka sedang mencari jalan untuk menang tetapi saya fokus kepada apa yang perlu kami lakukan menentang mereka. Ia sentiasa sukar, ia sentiasa sengit.
“Sejarah perlawanan dengan dua kelab terbesar di England membawa jangkaan dan tekanan tambahan tetapi mengapa tidak pergi ke sana dan menikmatinya, bermain permainan kami dan semoga ke pusingan seterusnya?”
Must-Watch Video