Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, berharap Andres Iniesta sempat cergas bagi menghadapi pertemuan El Clasico menentang Real Madrid awal pagi esok.
Pemain berusia 33 tahun itu menjalani latihan berasingan daripada skuad utama pada Khamis lalu tetapi menamatkan sesi penuh pada Jumaat.
Perlawanan epik itu bakal menjadi penampilan terakhir Iniesta buat Barca ketika menentang Madrid selepas pemain tengah Sepanyol itu mengesahkan bulan lalu bahawa dia akan meninggalkan pasukan pada akhir musim ini.
“Kami berharap dia akan cergas,” kata Valverde ketika sidang media.
“Selepas sesi latihan, saya bercakap dengannya dan melihat keadaan Iniesta, itu perkara paling penting.
“Jika dia berasa bagus dan saya mempercayai pendapatnya, dia akan beraksi.
“Ia bukan pertemuan Clasico pertama buat Iniesta dan dia tahu dia perlu berada pada tahap 100 peratus,” ujarnya.
Iniesta dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China dan pasukan yang dilaporkan bakal menjadi destinasinya adalah Chongqing Dangdai Lifan selepas menerima kontrak lumayan.
Valverde mendedahkan bahawa dia mendapat tahu mengenai keputusan Iniesta untuk meninggalkan pasukan sekitar enam minggu lalu tetapi tidak bercadang cuba mengubah kehendak pemain itu.
“Dia memberitahu saya kira-kira enam minggu lalu.
“Apabila ia melibatkan seorang pemain yang telah beraksi sejak sekian lama, anda tidak perlu meyakinkan mereka untuk kekal.
“Dia sudah sangat matang untuk membuat keputusan sendiri dan telah lama memikirkannya,” katanya lagi.