LALIGA
Valverde pening cari pengganti Iniesta
Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, mengakui beliau tidak pasti bagaimana untuk menggantikan Andres Iniesta yang mengalami kecederaan dalam kesebelasan utamanya.
Tiada kepastian mengenai ketersediaan Iniesta untuk aksi timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Chelsea pada 14 Mac ini selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menang 1-0 ke atas Atletico Madrid.
Pemain berusia 33 tahun itu telah cuba beraksi dengan kecederaan tersebut dan terpaksa digantikan oleh Andre Gomes pada minit ke-36.
Iklan
Dengan Philippe Coutinho tidak boleh beraksi dalam saingan tersebut, kunjungan Chelsea ke Nou Camp memerlukan dua perkara utama buat pasukan itu.
"Dia tidak boleh digantikan, seperti Lionel Messi. Anda tidak boleh menggantikan pemain unik seperti ini," kata Valverde.
"Kami perlu menunggu dan menilai kecederaan tersebut. Kami berharap ia tidak terlalu serius."
Dalam aksi semalam, Barcelona meraih kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, dengan Messi menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma -- jaringannya yang ke-600 buat kelab dan negara.
"Tiada pemain seperti Messi di dunia ini.
"Saya tidak pasti apa yang akan terjadi jika dia bermain untuk Atletico. Menggerunkan," katanya lagi.
Must-Watch Video