REAL BETIS 1 BARCELONA 4
Ernesto Valverde menegaskan pasukannya, Barcelona, belum memenangi apa-apa, namun menerima kemenangan 4-1 ke atas Real Betis di Stadium Benito Villamarin, awal pagi tadi, sebagai langkah penting untuk mereka mempertahankan kejuaraan LaLiga.
Selepas Atletico Madrid tewas 0-2 kepada Athletic Bilbao semalam, Barca meraih kemenangan ke atas Betis untuk berkelebihan 10 mata di puncak LaLiga.
Lionel Messi menjaringkan hatrik untuk merekodkan kemenangannya yang ke-477 buat kelab Catalan itu.
Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan kecederaan buku lali Luiz Suarez, yang menjaringkan gol ketiga Barca, dengan penyerang itu terpaksa dikeluarkan pada lewat permainan.
Valverde kerap menolak dakwaan bahawa Barca akan meraih kejuaraan 'treble' musim ini, namun dengan penguasaan penuh mereka dalam LaLiga serta layak ke final Copa del Rey, mereka hanya perlu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah di samping mempertahankan dua gelaran domestik yang diraih mereka musim lalu.
Valverde mengakui Barca semakian hampir untuk meraih gelaran kedua LaLiga dalam tempoh dua tahun sejak dia dilantik sebagai pengganti Luis Enrique.
"Selepas kekalahan yang dilalui Atletico Madrid, kemenangan ke atas Betis menjadi amat penting.
"Masih terdapat 10 perlawanan untuk dilalui dan kami perlu berhati-hati untuk melaluinya.
"Namun, kami perlu melakukan langkah penting dan akan lihat sama ada ia cukup untuk kami bergelar juara.
"Apa yang bagus adalah kami berjaya mengatasi perlawanan-perlawanan sukar sepanjang beberapa minggu ini.
"Kini, waktu rehat telah tiba dan kami masih ada 10 perlawanan untuk diharungi.
"Setiap kali kami memenangi perlawanan, ia akan menjadi langkah yang penting.
"Setiap orang boleh memikirkan apa yang mereka mahukan, namun buat masa ini, kami akan mencuba untuk memenangi setiap perlawanan.
"Yang pertamanya adalah liga, kemudian piala dan kami akan melihat kemampuan kami dalam Liga Juara-Juara.
"Namun, buat masa ini, kami masih belum memenangi sebarang kejuaraan dan masih ada 30 mata dalam saingan liga untuk direbut.
"Kami perlu terus berusaha," katanya.
Betis menewaskan Barca 4-3 dalam pusingan pertama liga dan skuad kendalian Quique Setien itu hanya membenarkan Barca memperoleh 43.9 peratus penguasaan permainan dalam aksi awal pagi tadi.
Ia merupakan penguasaan terendah Barca yang pernah direkodkan Opta sejak musim 2004-05.
Valverde mengubah formasi 4-3-3 yang biasa digunakan Barca kepada 4-4-2 dengan membawa masuk Arturo Vidal dan dia gembira menyaksikan perubahan itu yang membantu pasukannya meraih kemenangan tanpa penguasaan besar.
"Kami sedar mereka akan bersaing sengit dengan memberikan tekanan seperti yang mereka lakukan di Camp Nou.
"Kami tidak mahu mereka mengambil alih permainan.
"Dalam perlawanan pertama, mereka menewaskan kami dengan menjaringkan empat gol.
"Apabila anda melakukan perubahan, ia untuk memperbaiki dan memenangi perlawanan, jadi kami berjaya melakukannya.
"Ia kelihatan seperti kami berjaya disebabkan perubahan itu, namun sebenarnya ia adalah usaha keras setiap pemain," tambahnya.