Skip to main content

Bola Sepak

Usah normalisasikan isu jurulatih pinjam lesen -- Kim Swee

oks.jpg
Ada segelintir jurulatih yang miliki lesen profesional ‘pinjamkan’ kuasa atau tanggungjawab kepada jurulatih yang tidak layak memimpin skuad Liga Super. Ia perkara tidak sihat yang sedang berlaku di kalangan pasukan Liga Super musim ini.

"Jangan normalisasikan perkara ini"

Itu tegas Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, Datuk Ong Kim Swee dalam temubual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

" Kita ada isu dimana jurulatih meminjamkan lesen mereka kepada jurulatih tertentu. Ini kita tidak boleh terima. Ini melanggar etika sebagai jurulatih dan saya harap jurulatih yang terlibat harus faham mengapa mereka tidak boleh meminjamkan lesen mereka kepada orang-orang tertentu,".

" Ini akan menimbulkan banyak isu di mana FAM, MFL dah menetapkan kriteria tertentu dan ini akan melanggar etika dan kemungkinan kita akan mengambil keputusan drastik jika ini berlaku lagi," ujar Kim Swee.

"Apa yang penting, jurulatih yang dilantik atau secara rasmi harus melibatkan secara langsung bukan sahaja dalam perlawanan liga atau kejohanan tertentu, tetapi mereka harus bersama pasukan ketika latihan. Kita tak nak ada percanggahan disini," tambah Kim Swee.

Jika seseorang jurulatih itu mahu melibatkan penolong jurulatih yang dipercayai mampu menjalankan tugas di tepi padang, jurulatih boleh mengarahkannya dengan syarat jurulatih itu perlu terlibat secara langsung daripada sesi latihan dan hari perlawanan.

 

Advertisement

Must Watch Video