Skip to main content

Bola Sepak

Uruguay juarai Kumpulan A

uruguay.jpg
RUSSIA 0 URUGUAY 3

Uruguay memastikan kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi peringkat kumpulan apabila menewaskan Russia 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Cosmos Arena, sebentar tadi.


Selepas dua perlawanan, kedua-dua pasukan mengumpul enam mata dan telah layak ke pusingan kalah mati dan aksi ketiga sekadar menentukan siapa yang muncul juara kumpulan.

Uruguay mendahului perlawanan menerusi sepakan percuma Luis Suarez pada minit ke-10 sebelum Denis Cheryshev -- yang telah mengumpulkan tiga gol untuk Russia -- menjaringkan gol sendiri bagi memberi keselesaan kepada lawan.

Segala-galanya serba tidak kena buat Russia apabila terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain setelah Igor Smolnikov dilayangkan kad kuning kedua ketika perlawanan masih lagi berbaki hampir 60 minit.

Bersambung babak kedua, Russia buntu mencari jaringan dan pada penghujung permainan, tandukan Diego Godin berjaya disambar oleh Edinson Cavani bagi memastikan kemenangan mutlak buat Uruguay.
 

Advertisement

Must Watch Video