SWITZERLAND 1 PORTUGAL 0
Portugal mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) apabila tandukan Haris Seferovic memastikan kemenangan 1-0 buat Switzerland dalam aksi di Geneva awal pagi tadi.
Switzerland tewas dalam kesemua tiga perlawanan pertama Kumpulan A2, termasuk dibelasah 0-4 oleh lawan sama, tetapi kali ini, mereka mendahului seawal minit pertama hasil tandukan gemilang Seferovic.
Pasukan bimbingan Fernando Santos, Portugal, kemudian menghasilkan pelbagai peluang di depan gawang Switzerland tetapi penjaga gol, Jonas Omlin, kerap menjadi penghalang mereka untuk mendapatkan jaringan penyamaan tanpa penyerang utama, Cristiano Ronaldo, yang mengalami kecederaan.
Kekalahan itu menyaksikan Portugal kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu kumpulan, Sepanyol, manakala Switzerland pula hanya kekurangan satu mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Republik Czech.
Portugal seterusnya akan berehat panjang sebelum meneruskan saingan UNL dengan bertandang ke laman Republik Czech pada 24 September depan, manakala Switzerland pula akan berkunjung ke gelanggang Sepanyol pada hari yang sama.

? Seferović nods Widmer's cross from the right to put Switzerland ahead against Portugal ⚽️#NationsLeague pic.twitter.com/oYDbgqzwbz
— UEFA Nations League (@EURO2024) June 12, 2022