Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Southgate malu tindakan samseng bola sepak England

southgate.jpg

Gareth Southgate percaya ia adalah sesuatu yang memalukan apabila England diarah beraksi menentang Itali dalam Liga Negara-Negara (UNL) secara tertutup di tempat sendiri, bulan depan.

Pertembungan di antara finalis Euro 2020 itu di Stadium Molineux akan diadakan tanpa kehadiran peminat, selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) tidak membenarkan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menerima kemasukan penonton berikutan kekecohan di Stadium Wembley tahun lalu. 

Peminat yang tiada tiket menyerbu masuk ke stadium dan bertempur dengan pasukan keselamatan ketika England tewas dalam penentuan sepakan penalti dramatik itu dan akibatnya dikenakan kepada larangan kehadiran penyokong untuk dua perlawanan.

 

Ditanya adakah FA menerima satu bentuk hukuman yang ringan ketika mengumumkan skuadnya untuk perlawanan antarabangsa yang akan datang, Southgate berterus terang mengenai reputasi England dan bola sepak Inggeris.

“Bukankah kami dilayangkan kad kuning (dikenakan tindakan) jadi kami berada di tempat kami berada,” katanya. 

“Kini kami berasa malu kerana terpaksa beraksi secara tertutup di tempat sendiri. 

"Kebiasaannya kami melihat perkara seperti ini berlaku di luar negara, masalah ini dicetuskan pihak lain dan bagaimana ia harus ditangani oleh negara ini dan kini terserah kepada kita. Itu bukan satu gambaran yang baik buat negara kita.

"Jelas perlu ada tanggungjawab dalam bola sepak kerana apabila keganasan berada di persekitaran kita, kita perlu melakukan segala yang terdaya untuk cuba memastikan ia tidak berlaku."

England akan mengharungi empat perlawanan UNL bulan depan apabila melakukan kunjungan ke Hungary dan Jerman sebelum menentang Itali dan perlawanan timbal balik dengan Hungary.

Advertisement

Must Watch Video