CROATIA 0 SEPANYOL 0
(Sepanyol menang 5-4 melalui sepakan penalti)
Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, melaungkan amaran bahawa Sepanyol akan kembali digeruni selepas mereka menjulang trofi antarabangsa pertama negara dalam tempoh lebih sedekad -- Liga Negara-Negara UEFA (UNL) menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti ke atas Croatia, awal pagi tadi.
Dia berdepan tekanan hebat untuk memulihkan maruah skuad La Roja selepas tewas dalam perlawanan keduanya kepada Scotland dalam kelayakan Euro 2024, Mac lalu.
Apatah lagi selepas kempen Piala Dunia di Qatar yang mengecewakan di bawah pengendali terdahulu, Luis Enrique, apabila terkandas dalam pusingan 16.
"Pemain-pemain ini sudah terbiasa dengan kemenangan," kata De la Fuente kepada pemberita.
"Mereka pernah menang begitu banyak perlawanan melalui barisan ini dan ia pasti boleh diteruskan.
"Saya rasa rentak kompetitif ini sudah kembali dan kami boleh menaruh harapan untuk menang lebih banyak lagi."
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan dan pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal, menyempurnakan sepakan penalti kemenangan selepas penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, menyelamatkan percubaan daripada Lovro Majer dan Bruno Petkovic.

?? Nations League winners for the first time!#NationsLeague pic.twitter.com/7hL4YJHgwY
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 18, 2023