Luka Modric berasa lega tidak tewas untuk menandakan penampilan antarabangsanya yang ke-150 selepas Croatia seri 1-1 dengan Perancis di Split, awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi Andrej Kramaric yang memperdayakan Mike Maignan dalam sepakan penalti selepas jaringan Adrien Rabiot memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-52.
Selepas separuh masa kedua yang mengecewakan ketika kalah dalam kempen pembukaan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) kepada Austria, Croatia tampil lebih ampuh sebaik memasukkan Nikola Vlasic dan Luka Sucic.
Skuad Vatreni itu tidak pernah menewaskan Perancis di peringkat antarabangsa senior termasuk kekalahan final dan separuh akhir Piala Dunia, lantas Modric bersyukur pasukannya masih mampu mencatat keputusan seri.
“Tidak kira apa pun keputusannya, kami tidak tewas,” katanya selepas perlawanan.
"Kami boleh berpuas hati dengan persembahan yang kami sajikan. Kami beraksi dengan baik, kompak, berani dan itulah yang kami kejar.
"Saya rasa muka baru telah menyuntik tenaga segar buat kami. Mereka memberikan kami kesegaran dan elemen agresif, akhirnya kami dapat menjaringkan gol, kami boleh berpuas hati sebagai hasilnya.
"Dan jika kami meledak gol menerusi peluang diperoleh Ante Budimir dalam babak pertama, maka kesudahannya mungkin berbeza.
"Sekali lagi, kami membuktikan bahawa kami mampu menyaingi Perancis kerana sesiapa sahaja yang anda masukkan dalam pasukan itu, mereka tetap handal dengan barisan pemain yang boleh membentuk tiga pasukan."
Beraksi di tanah airnya, Modric muncul pemain pertama negaranya yang mencecah 150 penampilan sejak diterima Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai negara anggota pada 1992.
Pemain tengah berusia 36 tahun itu turut menerima cenderahati daripada Perancis atas pencapaiannya itu.
"Ini adalah satu perasaan yang luar biasa," katanya selepas perlawanan.
"Saya gembira dan bangga kerana saya dapat melakukan pencapaian ini bersama Croatia. Saya benar-benar tidak menjangkakannya tetapi begitulah, saya sangat bangga dan gembira dapat melakukannya.
"Terima kasih kepada orang ramai atas sambutan mereka. Ia sudah cukup untuk meremangkan bulu roma anda. Terima kasih kepada mereka dan kepada Perancis termasuk Deschamps atas hadiah mereka.
"Saya juga tidak menjangkakannya tetapi ia adalah satu isyarat yang indah daripada mereka. "

??? @lukamodric10
— HNS (@HNS_CFF) June 6, 2022
??? @Benzema
? @realmadriden #CROFRA #NationsLeague #Vatreni❤️? pic.twitter.com/OUvTxrZJ31