Jamal Musiala akan terus memusatkan perhatiannya untuk meningkat prestasi selepas membintangi Bayern Munich dan Jerman musim ini sambil meletakkan sasaran tinggi dalam Piala Dunia 2026.

Musiala menemui sentuhan penyudah ketika Bayern menang 1-0 ke atas St. Pauli dalam Bundesliga hujung minggu lalu untuk jaringan kelimanya selepas lapan penampilan Bundesliga.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menyumbat 13 gol (sembilan gol, empat bantuan jaringan) bersama skuad kendalian Vincent Kompany berkenaan dan impaknya dengan pasukan tersebut terus berkembang.

Dia juga mempamerkan aksi cemerlang di pentas antarabangsa.

Pemain tengah itu mencatatkan empat gol (satu gol, tiga bantuan jaringan) dalam kemenangan 5-0 Jerman ke atas Hungary pada September lalu muncul pemain termuda berbuat demikian dalam sesebuah perlawanan.

Berikutan terlepas perlawanan terakhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) gara-gara kecederaan, Musiala teruja untuk meneruskan kemajuannya di peringkat antarabangsa.

"Fokus saya adalah untuk menjadi lebih baik dan terus berusaha serta melihat tidak terlalu. Adalah penting untuk mengambil langkah ke hadapan," katanya.



"Musim lalu saya melakukannya dan mungkin gol dan bantuan jaringan sedikit meleset. Saya perlu tingkat tenaga demi perbaiki kecergasan.

"Saya mahu mengelak daripada mengalami kecederaan untuk beraksi sekerap mungkin."