MANCHESTER UNITED 2 WATFORD 1
Manchester United bernasib baik untuk menewaskan Watford selepas memaparkan aksi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, malam tadi, kata Luke Shaw.
The Red Devils memulakan tugasan pertama Ole Gunnar Solskjaer selaku pengurus tetap dengan kemenangan 2-1 ke atas skuad bimbingan Javi Gracia itu, yang membolehkan mereka memintas Arsenal di tangga keempat walaupun telah beraksi lebih satu perlawanan.
Marcus Rashford dan Anthony Martial menjaringkan gol dalam setiap separuh masa, namun Watford menguasai permainan dengan 20 percubaan ke gawang lawan berbanding United yang hanya melakukan lapan.
Watford sepatutnya memperoleh lebih daripada satu gol yang dihasilkan Abdoulaye Doucoure pada minit ke-90.
Shaw mengakui United bernasib baik untuk memperoleh mata penuh sebelum berkunjung ke Wolves, Rabu ini, selepas pasukan itu menyingkirkan mereka daripada saingan Piala FA dua minggu lalu.
"Saya berasakan kami menjadikannya lebih sukar dengan cara permainan kami," katanya selepas tamat perlawanan.
"Dalam separuh masa pertama, ada ketikanya kami tidak beraksi baik, namun dalam babak kedua, biarlah saya berterus terang, kami bermain dengan buruk.
"Kami bernasib baik dengan keputusan ini, kami tidak cukup bagus.
"Kami mencipta beberapa peluang tetapi kami tidak melunaskannya.
"Bagaimanapun, apa yang penting adalah tiga mata.
"Kami perlu kembali bersatu dan fokus untuk perlawanan dengan Wolves," katanya.
Shaw membantu Rashford untuk menghasilkan gol pembukaan dengan hantaran terus yang menawan selepas memenangi bola di kawasan penalti pasukannya.
Dia berkeyakinan rakan senegaranya itu tidak akan mensia-siakan situasi satu lawan satu dengan Ben Foster.
"Saya sentiasa berkeyakinan apabila Rashy berada di depan gawang.
"Saya tahu gerakan yang dia lakukan, dia suka menyelinap dari belakang.
"Ia penyudah yang hebat dan teratur, namun apa yang penting adalah tiga mata.
"Kami tidak beraksi baik dan kami perlu memperbaikinya Selasa ini (awal pagi Rabu)," tambahnya.
Shaw tidak menafikan dia gembira untuk meraih kemenangan buat Solskjaer selepas sudah menjangkakan pengurus itu akan diberikan tanggungjawab penuh sejak mula menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu.
"Kami amat yakin bos kami akan diberikan tugasan itu.
"Kami berdepan beberapa keputusan yang tidak baik, namun kami bersedia untuk berkhidmat di bawahnya untuk tahun-tahun mendatang," katanya.