Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

United akan beraksi dalam UCL -- Mata

man-united-want-champions-league-spot-mata-eager-for-europa-success.jpg

MANCHESTER UNITED 1 ROSTOV 0 (Agregat 2-1)

Juan Mata menegaskan Manchester United akan membuat segala apa yang termampu untuk memastikan mereka memenangi Liga Europa (UEL) bagi memastikan mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan.


United seri 1-1 ketika berdepan Rostov di Russia dalam aksi pertama, menguasai bola sepanjang permainan dalam aksi kedua di Old Trafford, dengan dua percubaan daripada Zlatan Ibrahimovic sekadar menghinggapi tiang gol lawan.

Mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 sebelum berada di kedudukan selesa, dengan Mata berjaya menyumbat gol kemenangan hasil serangan balas yang diketuai oleh Henrikh Mkhitaryan.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu ingin memastikan United menjulang gelaran UEL musim ini supaya mereka menempah slot automatik ke UCL kerana melihat usaha untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) agak sukar.

"Itu adalah sasaran kami," kata Mata kepada BT Sport.

"Kami sentiasa mahu menang setiap perlawanan.

"Ia merupakan peluang terbaik kami untuk memenangi UCL musim hadapan. 

United mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan, Mata menyifatkan dia berpuas hati dengan permainan pasukannya serta mengakui sentuhan penyudah perlu dipertingkatkan.

"Sentuhan kami di depan gol harus dipertingkatkan lagi, kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama.

"Penjaga gol kami [Sergio Romero] merupakan antara pemain yang penting dalam perlawanan, dia telah memastikan tiada jaringan dapat dihasilkan pasukan lawan."

Ander Herrera bersetuju dengan pendapat Mata bahawa sentuhan penyudah United agak tumpul dan berharap ia dapat diperbaiki sebelum menghadapi perlawanan akan datang.

 

"Kami menghadapi perlawanan yang mencabar, Rostov telah memberikan tekanan kepada kami dan pasukan telah berjaya mengawal permainan dengan baik."

Advertisement

Must Watch Video