Bergson Da Silva melahirkan kekagumannya terhadap akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mampu melahirkan pemain yang bersemangat waja.
Pemain kelahiran Brazil itu turun sebagai pemain gantian ketika barisan kedua kendalian Hector Bidoglia itu merakamkan kemenangan 6-0 dalam pertemuan kedua pusignan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Ia selepas pemain seperti Danish Hakimi Sahaludin (19 tahun), Fakrul Haikal Razali (121tahun), Alif Abdul Mutalib (22 tahun)dan Gabriel Nistelrooy (24 tahun) diberi peluang beraksi bertemu Kuala Lumpur (KL) Rovers.
"Kami amat bangga, kami telah saksikan betapa mereka bekerja keras dan tidak gentar demi memenangi gelaran.
"Gabriel menjaringkan banyak gol bersama JDT2 dan ramai pemain muda yang gigih berlatih bersama pasukan utama. Mereka sememangnya berhak untuk diturunkan dan perlu kekalkan prestasi," katanya selepas perlawanan.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 01 2024