Pemburuan empat kejuaraan Manchester City musim ini diteruskan dengan mereka diundi berdepan Brighton and Hove Albion dalam separuh akhir Piala FA manakala Wolverhampton Wanderers akan bertemu Watford.
City menyingkirkan wakil Liga Kejuaraan, Swansea City, dalam aksi suku akhir, Sabtu lalu dengan gol tandukan kontroversi Sergio Aguero memastikan kebangkitan mereka untuk menang 3-2 selepas ketinggalan 0-2 dalam babak pertama.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu telah menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) selain masih berpeluang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.
Brighton pula terpaksa melewati penentuan penalti dengan Millwall dalam suku akhir selepas bangkit mengikat kedudukan 2-2 dalam tempoh 120 minit sebelum memenangi penentuan itu 5-4.
Wolves sudah pasti berasa lega kerana mengelak daripada bertemu juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu selepas melepasi ujian yang tidak kurang hebatnya ketika menewaskan Manchester United dalam suku akhir.
Gol daripada Raul Jimenez dan Diogo Jota sudah cukup untuk mereka menyingkirkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu menerusi kemenangan 2-1 di Molineux, semalam.
Watford pula menewaskan Crystal Palace 2-1 untuk menempah tempat di Stadium Wembley.
Kedua-dua perlawanan separuh akhir itu akan berlangsung pada 6 dan 7 April ini.