Skip to main content

Bola Sepak

Undian ACL: JDT jumpa gergasi Korea Selatan, Jepun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-undian-acl.jpg
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) akan berdepan dua pasukan handalan Asia dari Korea Selatan dan Jepun di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023-24 bermula bulan depan.

Dalam majlis undian di AFC House, Kuala Lumpur sebentar tadi, Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan I, sekali gus akan bertemu pendahulu K-League 1, Ulsan Hyundai, dan naib juara J1 League musim lalu, Kawasaki Frontale, selain kelab Thailand, BG Pathum United.

Sebagai rekod, JDT turut berdepan Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai di peringkat kumpulan musim lalu, di mana mereka muncul juara kumpulan berkenaan selepas mengumpulkan 13 mata hasil empat kemenangan dan satu keputusan seri.

Di peringkat itu, mereka mencatatkan dua kemenangan ke atas Ulsan Hyundai, tewas sekali dan satu keputusan seri ke atas Kawasaki Frontale, selain dua kemenangan ke atas kelab China, Guanzhou FC, sebelum perjalanan mereka dihentikan satu lagi kelab Jepun, Urawa Red Diamonds, dalam pusingan 16.



Kredit foto: Johor Southern Tigers



 

Advertisement

Must Watch Video