Walaupun Manchester United dilihat seperti ada krisis ketika ini, namun mengikut statistik prestasi Erik Ten Hag ketika ini tampak baik.

Lebih-lebih lagi apabila The Red Devils berjaya mencuri mata daripada jaguh Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Anfield pada 18 Disember lalu.

Setakat 86 perlawanan di bawah Ten Hag, bekas pengurus Ajax Amsterdam itu telah mencatat 52 menang (60.47% kadar kemenangan) bersama Manchester United.

Dia juga mampu untuk menambahbaik lagi rekodnya itu jika dia menang ke atas West Ham malam ini.

Jadi anda yang mana satu? Undi di sini untuk pilih #TenHagIn atau #TenHagOut.