Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Undi: Anda rasa siapa pemain terbaik Harimau Malaya ketika tundukkan Kyrgyzstan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
Malaysia meraih kemenangan dramatik ketika menewaskan Kyrgyszstan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Selepas ketinggalan 1-3, Harimau Malaya bangkit dengan aksi terpuji untuk membuka kempen Kumpulan D itu dengan kemenangan 4-3.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, terlibat sebagai pencetus keempat-empat jaringan skuad negara, termasuk jaringan sendiri pemain Kyrgyzstan, Khristiyan Brauzman, pada minit ke-72.

Selain itu, pertahanan tengah negara, Dion Cools, turut cemerlang menjaringkan dua gol menerusi tandukannya, masing-masing pada minit ketujuh dan 77.

Faisal Halim pula menjadi penjaring gol kemenangan Malaysia menerusi gerakan licik dan penyudah tenangnya dalam waktu kecederaan.

Daripada senarai di atas, anda rasa pemain mana wajar diangkat sebagai pemain terbaik aksi kali ini?

Undi di sini?  

Advertisement

Must Watch Video