Skip to main content

Bola Sepak

Umtiti mahu pastikan Perancis atasi Argentina

samuelumtiti.jpg
Samuel Umtiti menolak cadangan mengenai kritikan persembahan Perancis dan menegaskan pihak yang bersikap negatif akan berubah pendapat jika Les Bleus mencipta kejayaan di Russia.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu bergelut untuk menampilkan aksi berkualiti dalam Piala Dunia setakat ini tetapi berjaya menjuarai Kumpulan C dengan tujuh mata.

Bagaimanapun, seri tanpa jaringan ketika berdepan Denmark -- aksi hambar yang memastikan kedua-dua pasukan mara ke pusingan seterusnya -- menerima kritikan negatif.

Berdepan Argentina dalam pusingan 16 -- Umtiti berkata hanya kemenangan adalah perkara yang penting di Kazan.

"Kami sedang berusaha untuk meningkatkan mutu permainan," katanya. "Perkara paling penting adalah memastikan kemenangan kerana kami perlu melakukannya jika mahu mara ke final."

Meluangkan masanya sepanjang sidang media membincangkan mengenai rakan sepasukannya bersama Barcelona, Lionel Messi, Umtiti mengakui menyingkirkan Argentina akan memberi kepuasan kepadanya.

"Mara ke suku akhir penting bagi saya. Jika kami singkirkan Brazil, Peru atau Mexico, saya tidak kisah. Tetapi Argentina, saya amat berbangga jika mampu melakukannya," ujarnya.

Kelayakan Argentina hadir dalam aksi terakhir ketika menewaskan Nigeria 2-1 dengan Marcos Rojo meledak gol kemenangan buat skuad kendalian Jorge Sampaoli itu. 

Di sebalik kemenangan itu, pemain tengah, Giovani Lo Celso, berkata, "Saya tidak melihat ia sebagai satu keajaiban, sebaliknya hasil usaha dan kerja keras pasukan.

"Walaupun ia agak mengecewakan, apa yang kami lalui di peringkat kumpulan, tetapi kami menggunakan sebaik mungkin kebolehan pasukan ini.

"Kami akan meneruskan momentum ini ketika berdepan Perancis," ujarnya.

Pemain tumpuan

Perancis -- Paul Pogba


Pogba hadir semula dalam kesebelasan utama selepas Perancis gagal memberikan impak ketika berdepan Denmark. Barisan tengah Argentina yang longlai bakal menjadi medan terbaik Pogba mempamerkan kualitinya.

Argentina -- Lionel Messi

Siapa lagi kalau bukan kapten Argentina, pencetus inspirasi dan pemain terbaik La Albiceleste. Bintang Barcelona itu berdepan kritikan atas persembahan di Russia tetapi jaringannya ketika menewaskan Nigeria membuktikan kebolehan yang dimilikinya.
 

Advertisement

Must Watch Video