Samuel Umtiti berkata Lionel Messi tidak akan mampu menyerlahkan aksi seperti bermain bersama Barcelona ketika mengetuai Argentina dalam saingan Piala Dunia.
Argentina lolos daripada Kumpulan D menerusi kemenangan 2-1 ke atas Nigeria kelmarin -- jaringan pembukaan datangnya daripada Messi tetapi dia masih lagi dibayangi kritikan.
Bagi Umtiti, Messi seorang tidak cukup untuk meningkatkan semangat pasukan tetapi mengakui gaya permainannya berbeza jika dibandingkan ketika bersama Barca.
Dua bintang Nou Camp ini akan bertembung dalam pusingan kalah mati bagi merebut slot suku akhir.
"Messi tidak boleh bermain dengan gaya yang sama bersama Argentina dan Barcelona," katanya.
"Dia tidak memiliki rakan sepasukan yang sama walaupun Argentina dibarisi pemain-pemain yang bagus.
"Ia jauh berbeza dengan Barcelona.
"Saya berasakan dia banyak kali menyelamatkan Argentina. Ketika mereka di ambang kekalahan, Messi selalu muncul.
"Sukar untuk mengatasi Argentina jika Messi berada dalam kesebelasan utama," tambahnya.