Jurulatih UiTM FC, Wan Mustafa Ismail, menekankan penyudah berkesan menjelang aksi dengan Kedah selepas pertemuan terdahulu dalam Piala Malaysia dengan Kelantan menyaksikan lima peluang di hadapan mata gagal disudahkan.
UiTM mengharapkan gandingan dua pemain import di bahagian serangan membabitkan Akanni Sunday Wasiu dan Do Dong-hyun mampu mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Kedah, di Stadium UiTM, hari ini.
Ia tampak sukar namun menerusi aksi terdahulu ketika menentang Kelantan, kedua-dua pemain itu banyak mencipta peluang tetapi gagal memanfaatkannya.
Walaupun Lang Merah antara nama gergasi dalam saingan Liga Super, UiTM tidak gentar untuk mencorak strategi sekaligus menafikan kelebihan anak buah Nidzam Adzha Yusoff di atas kertas.
"Malangnya ketika bertemu Kelantan, dua pemain import kami yang merupakan penyerang terbanyak Liga Perdana ketika ini 'tertinggal' kasut berbisa mereka.
"Bertemu Kedah, kami tidak mempunyai taktikal istimewa. Kami cuma perlu mempertajamkan lagi permainan, terutama tindakan penyudah," katanya.
Dua tonggak UiTM, Izman Solehin Rohadi dan Afiq Arshad, berhadapan cabaran getir apabila turut terlibat dengan peperiksaan semester pada hari perlawanan, namun tuntutan selaku pemain tetap diteruskan kerana mereka antara tunjang utama pasukan.
"Walaupun mereka sedang menghadapi peperiksaan, mereka bijak membahagikan masa.
"Ada yang menduduki peperiksaan pada siang mahupun malam.
"Saya harap mereka lebih fokus walaupun jadual mereka ketat kerana menganggap ia adalah asam garam sebagai seorang mahasiswa yang bermain dalam Liga Malaysia."