Ketua jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria, menganggap kemenangan ke atas Pulau Pinang minggu lalu masih belum dapat menjamin kelebihan mereka untuk menundukkan Kelantan di Stadium UiTM Shah Alam, malam esok, walaupun lawan itu kini menghuni tangga kelapan Liga Perdana.
Ismail enggan pemainnya terlalu selesa dengan prestasi Kelantan yang hambar dengan hanya memenangi satu perlawanan setakat ini.
Pasukannya, UiTM FC, pula terus konsisten dengan tiga kemenangan dan hanya tewas sekali kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II), 24 Februari lalu.
"Selepas tewas kepada JDT II, kami bangkit utuk menewaskan Pulau Pinang 2-1.
"Ia menunjukkan pasukan saya memiliki keinginan yang tinggi.
"Ada pasukan yang akan mengalami kemerosotan selepas tewas, namun kami bangkit untuk memenangi perlawanan," katanya.
UiTM FC menerima suntikan semangat lebih awal susulan pelantikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Azizan Abdullah, sebagai presiden baru pasukan itu.
Misi utama Prof. Dr. Azizan adalah untuk meneruskan sasaran kedudukan empat terbaik Liga Perdana musim ini.
"Ramai beranggapan pasukan intitusi pengajian tinggi ini sebagai pasukan belasahan.
"Namun, kami mahu mengubah tanggapan itu dengan memberikan saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan lain," katanya.