Berbaki tujuh lagi perlawanan Liga Perdana, jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, mengharapkan empat import yang disunting ketika hari terakhir jendela perpindahan kedua liga mampu membawa mereka ke saingan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.
UiTM membuat kejutan selepas menamatkan kontrak kesemua pemain import sedia ada dan membawa masuk empat muka baru pada hari terakhir perpindahan liga pada 3 Jun lalu.
Mereka adalah Veniamin Shumenko dari Kyrgyzstan, pemain tengah dari Korea Selatan, Noh Sangmin, Okereke Timothy Chimerie dari Nigeria dan bekas pertahanan Kelantan, Mamadou Danso.
Pengalaman dan kemampuan mereka ditagih dalam usaha UiTM untuk berada dalam kelompok lima terbaik bagi menjamin slot ke Piala Malaysia 2018.
"Kami memerlukan perubahan dalam pasukan. Kehadiran pemain-pemain baru ini akan melonjakkan semangat pasukan," kata Wan Mustafa.
Komitmen mereka juga ditunjukkan apabila sudah kembali berlatih pada hari ketiga Syawal.
UiTM kini di tangga kesembilan liga, namun perbezaan mata dengan pasukan lain tidak jauh apabila mereka kini mengutip 15 mata, dan lawan mereka selepas ini adalah Felcra FC pada Selasa ini.
"Ia adalah pasukan baru dan saya berharap akan menggunakan pengalaman untuk membantu UiTM," kata Danso.
"Hubungan di antara pemain sebelum, semasa dan selepas latihan amat penting kerana ia akan membantu komunikasi ketika beraksi di atas padang," kata Timothy.