Skip to main content

Bola Sepak

UiTM bakal harungi rombakan skuad utama

uitm.jpg
Apa sahaja keputusan UiTM FC berhubung sebarang rombakan kepada pasukan selepas tewas enam daripada tujuh perlawanan bukan bersifat menekan butang panik.

Ini di sebalik perkhabaran pasukan itu sudah merehatkan ketua jurulatihnya, Frank Bernhardt.

Pengurusan UiTM difahamkan sudah mula mengatur beberapa perancangan untuk mengubah nasib mereka.

Ini susulan kekalahan 2-3 di tangan Perak 7 April lalu meskipun mereka mendahului saingan 2-0.

Berdasarkan pekhabaran, Reduan Abdullah, bekas jurulatih kebangsaan dan pengarah teknikal mereka akan mengambil alih tugas Bernhardt buat sementara waktu.

UiTM akan melayan kunjungan Melaka United di laman sendiri esok.

"Apa kami mahu tekankan di sini saingan masih lagi berbaki 16 perlawanan. Kami akan berusaha mencari jalan untuk memantapkan pasukan dengan mendapatkan lagi pemain import yang baru," kata Pengurus pasukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Advertisement

Must Watch Video