Xavi memberikan amaran buat Barcelona bahawa mereka akan menghadapi "antara penyerang paling berbahaya di Eropah", Marcus Rashford, apabila melayani kunjungan Manchester United awal pagi esok.
Dua pasukan gergasi Eropah itu akan bertemu sesama sendiri dalam pertemuan pertama di Camp Nou bagi merebut tempat ke pusingan 16 Liga Europa (UEL).
Pandahulu LaLiga, Barcelona, kini berada di prestasi terbaik dengan mencatatkan 11 kemenangan berturut-turut dalam kesemua kejohanan sejak permulaan 2023.
Bagaimanapun, Blaugrana juga perlu menghadapi Rashford, yang sedang berada dalam keadaan terbaik selepas menjaringkan 13 gol daripada 15 perlawanan sejak berakhirnya Piala Dunia Qatar hujung tahun lalu, dan Xavi menyedari bahaya yang mampu dijelmakan pemain kebangsaan England itu.
"Sewaktu peralihan permainan, mereka amat-amat berbahaya, jadi kami perlu berwaspada dengan kesemua pemain mereka, terutama Rashford," kata ketua jurulatih Barca itu dalam sidang media sebelum perlawanan berkenaan.
"Dia salah seorang pemain paling berbahaya di Eropah ketika ini."

? Taking it all in.#MUFC || #UEL
— Manchester United (@ManUtd) February 15, 2023