Skip to main content

Bola Sepak

UEL: 'Gema' penyokong pacu kebangkitan Man Utd -- Fernandes

bruno-fernandes.jpg
MAN UTD 2 BARCELONA 1 
(Man Utd mara dengan agregat 4-3)

Bruno Fernandes menyifatkan penyokong sebagai tunjang kebangkitan Manchester United 2-1 ke atas Barcelona di Old Trafford, sebentar tadi. 


Tuan rumah ketinggalan dalam separuh masa pertama selepas pemain tengah Portugal itu menghadiahkan sepakan penalti kepada pelawat kerana menarik Alejandro Balde hingga terjatuh, seterusnya membenarkan Robert Lewandowski untuk memanfaatkan situasi berkenaan buat Barca. 

Tetapi gol daripada Fred dan rembatan Antony selepas rehat membolehkan United mengubah senario perlawanan, sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 4-3 untuk ke pusingan 16 Liga Europa. 

Kemenangan pasukan kendalian Erik ten Hag itu dipacu oleh sorakan gemuruh daripada penyokong Old Trafford sepanjang perlawanan, secara tidak langsung mendorong Fernandes untuk memberi penghormatan kepada sumbangan penyokong.

“Kepercayaan terhadap pasukan sentiasa wujud,” katanya kepada BT Sport. 

 


"Bagi kami, kepercayaan daripada peminat adalah menakjubkan. Mereka memberi dorongan kepada kami melalui detik-detik sukar musim ini.

"Mereka telah bersama kami dalam saat-saat paling sukar. 

"Musim ini, kami telah beraksi bagus, dengan sangat bagus. Ini adalah sesuatu yang berbeza di antara kami dan penyokong. 

"Kami memiliki sesuatu yang istimewa dan mereka dapat melihat bahawa kami mencurahkan yang terbaik demi memenangi perlawanan buat mereka. 

"Old Trafford bergema, sebab itulah kami mampu raih keputusan sebegini."

Advertisement

Must Watch Video