UEL
UEL: Barcelona layak raih keputusan lebih baik -- Xavi
Xavi berasakan Barcelona seharusnya menikmati keputusan yang lebih baik berbanding kekalahan di Manchester United sebentar tadi.
Selepas mencatat keputusan seri 2-2 yang mendebarkan di Camp Nou minggu lalu, jaringan Antony di Old Trafford pada minit ke-73 itu menyaksikan jaguh LaLiga berkenaan terkandas di peringkat play-off Liga Europa.
Robert Lewandowski, bagaimanapun, terlebih dahulu menyempurnakan sepakan penalti selepas Bruno Fernandes menjatuhkan Alejandro Balde untuk meletakkan Barca di hadapan dalam separuh masa kedua.
Iklan
Tetapi Fred menyamakan kedudukan sejurus selepas rehat dan Antony menokok gol kedua kurang daripada 20 minit sisa permainan untuk United lolos menerusi agregat 4-3.
Ia adalah kekalahan sulung Barca kepada The Red Devils sejak 2008, dan juga kali pertama dalam 38 perlawanan mereka tewas dalam sesebuah perlawanan selepas mendahului babak pertama.
Sehubungan itu, Xavi percaya anak buahnya harus menikmati detik lebih manis bersandarkan usaha pemainnya di Old Trafford dengan memberitahu Movistar+ selepas perlawanan: "Dalam perlawanan kalah mati yang seimbang ini, perincian permainan adalah penting. Saya rasa kami berhak meraih sesuatu yang lebih baik lagi.
1 - #Barcelona ?? have just won one of their last 15 games in Europe against teams from the top 5 European leagues (D5 L9), as many defeats as in their 50 previous such games (W31 D10 L9). Fall. pic.twitter.com/6BCmCIBpYM— OptaJose (@OptaJose) February 23, 2023
"Gol yang menjadikan kedudukan 1-1 menyakitkan kami. Kami kehilangan bola dan mereka menyamakan kedudukan.
"Mereka memberikan lebih keamatan dan kami kehilangan banyak bola dalam babak masa kedua.
"Ia adalah pertemuan yang seimbang. Malah, ada saatnya kami pula berasa sangat selesa.
"Ini adalah satu kekecewaan yang perit tetapi kami perlu memberi tumpuan kepada baki kejohanan. Kami masih mempunyai seteru hebat di hadapan kami."
Must-Watch Video