UEL
UEL: Arsenal lepaskan banyak gol mudah, kata Arteta
Mikel Arteta tidak menyembunyikan kekecewaannya dengan prestasi Arsenal dalam keputusan seri 2-2 dengan Sporting CP awal pagi tadi, tetapi persembahan Fabio Vieira menghadirkan sedikit keseronokan.
The Gunners mendahului pada separuh masa pertama apabila William Saliba menanduk masuk sepakan sudut Vieira, hanya untuk tuan rumah mereka menyamakan kedudukan dalam situasi yang sama selepas setengah jam di Jose Alvalade.
Paulinho membenarkan Sporting mendahului selepas rehat, tetapi jaringan sendiri Hidemasa Morita tujuh minit kemudian akhirnya memastikan Arsenal seri untuk kembali ke Stadium Emirates bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa.
Iklan
Keputusan seri itu meletakkan Arsenal -- yang hanya tewas di tempat sendiri dua kali sepanjang musim -- dalam kedudukan yang baik menjelang perlawanan kedua, namun Arteta berasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik.
"Kami melepaskan terlalu banyak gol mudah," katanya.
"Kami tidak bertahan dengan cukup baik, dan kami juga harus lebih baik ketika melancarkan serangan.
"Kami membuat banyak perubahan dan kadangkala itu mengambil masa untuk mendapatkan yang terbaik, dan anda dapat berasakannya dalam 15 minit pertama bahawa ia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan berhasil."
Honours even in the first legBack to Emirates Stadium next week ? pic.twitter.com/UgXWEv5fua— Arsenal (@Arsenal) March 9, 2023
“Apabila anda diboloi dua gol mudah seperti yang kami lakukan di tempat lawan, amat sukar untuk mendapatkan keputusan positif.
“Setiap perlawanan mempunyai fasa yang berbeza kerana kami memberikan terlalu banyak bola mudah di bahagian kami sendiri dan memberi mereka keupayaan untuk [mengeksploitasi] mengubah corak perlawanan.
"Terdapat beberapa perkara positif kerana kami menunjukkan usaha untuk bangkit, tetapi kami perlu mempertahankan gawang dengan lebih baik dalam perlawanan berikutnya."
Mengenai persembahan Vieira, Arteta berkata, "Saya sangat gembira dengannya.
“Saya rasa dia berhak mendapat lebih minit daripada yang dia ada, terutamanya dalam dua bulan lepas.
“Jelas sekali dia mengalami permulaan yang sukar kerana dia cedera selama dua bulan selepas pembedahan, dan tidak berada pada tahap yang kami mahukan.
"Anda lihat malam ini dia mungkin pemain kami yang paling berbahaya. Dia sentiasa membuat sesuatu berlaku. Dia pemain yang saya sangat suka."
Must-Watch Video