Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah mengenakan penggantungan satu perlawanan ke atas pengendali Manchester City, Pep Guardiola, selepas beliau dikeluarkan daripada padang ketika aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara berdepan Liverpool pada April lalu.
Guardiola diarah meninggalkan padang selepas melakukan bantahan terhadap jaringan Leroy Sane yang dibatalkan.
Liverpool turut didenda sebanyak EURO29,000 (RM134,989) apabila gagal mengawal penyokong bagi aksi suku akhir dan separuh akhir.
Kelab Russia, Zenit, akan perlu membayar denda sebanyak EURO50,000 (RM232,741) dan terpaksa beraksi dalam perlawanan pertama UEFA musim depan tanpa sebarang penyokong kerana penyokong yang bersifat perkauman ketika perlawanan Liga Europa ((UEL) berdepan RB Leipzig.