Pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos, menempelak beberapa kelab yang berbelanja mewah dengan mengatakan, "anda tidak boleh membeli Liga Juara-Juara (UCL)".
Penyandang juara Eropah itu bakal berhitung dengan Bayern Munich dalam pertemuan pertama separuh akhir awal pagi esok, dengan pertembungan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan adalah pada musim 2011-12.
Pertemuan ini menyaksikan Los Galacticos pernah berentap dengan gergasi Jerman itu sebanyak 24 kali, dengan masing-masing menang 11 kali.
Madrid mengetepikan Paris Saint-Germain (PSG), yang memecahkan rekod perpindahan dunia dengan menandatangani Neymar dalam usaha membawa mereka lebih dekat kepada gelaran dalam pusingan 16 manakala Manchester City, pasukan yang paling mahal dalam sejarah, kalah 5-1 secara agregat kepada Liverpool di peringkat terdahulu.
Kroos menjulang gelaran UCL dua tahun berturut-turut bersama Madrid setelah sebelum itu menjadi sebahagian daripada tonggak kejayaan Bayern pada 2012-13.
Jjusteru, dia percaya kejayaan itu menggariskan mengapa tiada jumlah wang yang dapat menjamin kejayaan dalam kancah itu.
"Anda tidak boleh membeli trofi Liga Juara-Juara, jika demikian, kami tidak akan memenanginya begitu banyak," katanya dalam sidang akhbar ketika ditanya mengapa Madrid dan Bayern sering kali berada di peringkat akhir.
"Ia sesuatu yang istimewa buat pasukan seperti Madrid. Kami mempunyai pemain yang mampu bermain di peringkat tertinggi.
"Jika anda mempunyai ramai pemain dengan pengalaman itu dan pada saat-saat sukar ini, anda tahu apa yang perlu anda lakukan dan anda tidak gugup. Itulah yang membawa kami sejauh ini.
"Ini merupakan satu-satunya peluang yang perlu kami manfaatkan untuk menjulang gelaran, sama seperti dua tahun yang lalu. Kami sangat bermotivasi: memenanginya tiga kali berturut-turut adalah sesuatu yang unik.
"Kami menghadapi PSG dalam pusingan kedua dan Juventus di peringkat suku akhir, ini bukan jalan yang paling mudah," hujahnya.
Kroos percaya Bayern telah bertambah baik sepanjang musim ini di bawah pengurus lama, Jupp Heynckes, namun dia bersumpah untuk menamatkan perjalanan hebat juara Bundesliga itu.
"Saya menjangkakan tentangan daripada sebuah pasukan yang kuat dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara. Bayern berada dalam keadaan yang baik dan tiada lagi yang dapat dikatakan," katanya.
"Mereka memenangi liga agak awal tetapi tidak membiarkan rentak itu kendur. Saya fikir mereka berada dalam keadaan yang lebih baik daripada tahun lepas: ketika itu mereka kehilangan ramai pemain dan tidak dapat mengetengahkan Robert Lewandowski dalam pertemuan pertama.
"Tahap jangkaan di kedua-dua kelab adalah sama -- anda berupaya untuk memenangi setiap pertandingan. Bermain dalam Liga Juara-Juara adalah satu motivasi khas untuk kami kerana sesiapa yang menang akhirnya boleh memanggil diri mereka sebagai pasukan terbaik di Eropah. seperti kami.
"Bersama Heynckes, mereka lebih bermain sebagai sebuah pasukan. Kami mahu menamatkan suasana hebat mereka."