BARCELONA 0 BAYERN MUNICH 3
Xavi percaya keadaan disingkirkan daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum sepak mula telah menjadi punca Barcelona tewas 0-3 kepada Bayern Munich di laman sendiri awal pagi tadi.
Kemenangan 4-0 Inter Milan ke atas Viktoria Plzen dalam perlawanan sebelumnya bermakna Barca tidak lagi mampu menduduki dua tangga teratas Kumpulan C, sekali gus tersingkir di peringkat kumpulan buat tahun kedua berturut-turut.
Permulaan perlahan Blaugrana menyaksikan mereka ketinggalan 0-2 seawal 31 minit pertama, di mana Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo-Moting menemui sasaran sebelum Banjamin Pavard menjaringkan gol ketiga Bayern pada penghujung separuh masa kedua.
Bercakap selepas kekalahan itu, ketua jurulatih Barca itu mengakui pasukannya tidak dapat bersaing dengan berkata: "Hari ini kami tidak dapat bersaing, kami tidak dapat mencapai tahap mereka. Bayern bermain dengan amat baik, jauh lebih baik, lebih bersemangat.
"Saya pasti penyingkiran sebelum perlawanan ini telah menjejaskan psikologi kami, saya amat pasti."