Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Rodri dinamakan pemain terbaik tahunan

rodri.jpg
Penjaring gol kemenangan Manchester City, Rodri, dinamakan sebagai pemain terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), di mana enam rakan sepasukannya turut berada dalam kesebelasan terbaik kejohanan itu musim ini.

Selain itu, Erling Haaland turut menggondol Anugerah Gol Terbaik UCL sebagai melengkapkan kempen paling gemilang buat The Citizens.

Rodri menjaringkan gol tunggal pada minit ke-68 aksi final UCL di Istanbul awal pagi semalam, sekali gus memberikan City kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan untuk melengkapkan gelaran 'treble' semusim selepas turut menjulang trofi Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rodri hanya tidak beraksi dalam satu perlawanan City sepanjang musim ini dan jaringannya dalam aksi final itu merupakan gol keduanya dalam kempen Eropah edisi ini.

Pemain tengah Sepanyol itu disertai enam rakan sepasukannya dalam kesebelasan terbaik kejohanan itu, iaitu Haaland, Kevin De Bruyne, John Stones, Ruben Dias, Bernardo Silva dan Kyle Walker.

Haaland, dalam pada itu, memenangi anugerah gol terbaik hasil jaringan akrobatik yang dilakukannya ke atas Borussia Dortmund di peringkat kumpulan.
 

Advertisement

Must Watch Video